Friday, December 16, 2016

Autumn in Kyoto

Ohaiyo Gozaimas! 
Waktu solat kat Jepun awal ye. Jangan bawak perangai subuh 6.30 kau di Negara Matahari Terbit ni sbb pukul 7 diorg macam pkl 9 kita. Awal pagi lps makan kenyang2 sume, kami check out- hari ni kita bergerak ke Kyoto.

  
dari pintu masuk hostel. betul2 dpn sekolah. datang osaka, jemputlah singgah [wink]

 Tempat pertama kita ke Arashiyama Bamboo Forest. Please jangan expect tempat tu dekat ye, dari stesyen keretapi kau kena menapak jauh la juga. tapi mmg kau akan amazed gila sbb sekeliling tu ada permandangan yang subhanallah, sangat cantik! 



 

 setelah menapak sampai mencieh poluh bak kata orang rembau, maka tiba la kat ladang/kebun/taman pokok-pokok buluh tersebut. kawasan sangat besar ye. ada kemungkinan boleh sesat. datang waktu puncak, mmg orang sangat lah ramai. tapi masih boleh rasa nyaman sbb bekalan oksigen banyak, so xrasa sesak sgt. 

Tengahari kami ke Gion District. Acah-acah nak cari geisha, tapi haram sorg pun tak nampak. kisahnya diorg skrg dh tukar profession. jadi pelayan kat kedai makan. so kalau nk jumpa pun malam [tu pun nasib] tapi sampai la aku tak faham npe nak jumpa sgt geisha ni. humm. So Gion District macam pekan jepun lama. Aku rasa Rembau pun kalau dibela elok2 dgn bangunan2 lama tu pun blh jadi fofular macam Gion District ni. KJ, mohon take note. 


Pastu kami gerak utk makan. kat area Gion gak. Naritaya nama kedainya. Ha, funfacts pasal restoren di jepun. btween lunch hour ngan dinner, diorg tutup kedai tau. dia tak de petang2 ade goreng2 mee ke alakd ke pe. mmg tutup. so pandai2 atur masa. Kat naritaya ni, aku bedal ayam goreng [sbb dah lama tak dpt daging, jadi agak meroyan skit] dan juga nasi plus daging kot. Harga? Please jangan convert sblm makan. takut tak tertelan. Heh. 


 

After Gion district, hajatnya nak ke kuil yang ada palang2 merah tu kan, tapi apakan daya, salah train, jadi terpaksa la gerak terus ke stesen bas sbb malam ni kami nak gerak ke Hiroshima. Masa ni 1st tym merasa solat di jalan tar. sbbkan kaki sakit dan tempat yang agak tak sesuai, aku solat duduk je kat satu tembok tepi bangunan. time tu la rasa bersyukur sgt jadi Malaysian, surau senang sangat nak cari. either ko nak solat atau tak je. Huhu. 

Malam tu, kami naik willer bus ke Hiroshima. 8 jam gak perjalanan. Dalam bas ada plug etc, RnR Jepun pun sangatlah cantiknya. Jadi tak perlu risau ke pe. Naik bas, tidurlah saja. InsyaAllah sebelum subuh tibalah di Hiroshima. 

Okay. Pasni sambung travel note di Miyajima, Hiroshima pula. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3