Friday, April 14, 2017

#SeoulSistersReunion- Part 1

Had another vacation, so here I am, writing another Travel Notes

Hello everyone! [akak suka acah2 peminat banyak. Rasa lebih bersemangat nak tulis. Heh] On 30th Mac-4th April, Alhamdulillah Tuhan rezekikan dgn satu lagi vacation. dan syukur sangat-sangat, vacation kali ini adalah yang paling enjoy yang pernah aku rasa. Probably sebab i'm with my #SeoulSisters.


 My dear reader might ask- why 'Seoul' Sisters?
okay, first, let me tell you about this beautiful relationship that we share
 

In Autumn 2015, my #SeoulSisters met as strangers in Seoul, South Korea. biarpun 1st time jumpa, we clicked instantly. During five days there, we became friends and thanks to whatsapp application, we stay closer walaupun after almost two years tak jumpa [Owh. except for tiqah. kami ke Bali sesama] Cadangan untuk reunion dah disebut even sejak balik dari Seoul lagi. From that day, kitorg kerap mencadangkan few potential places. Banyak yang kena consider sbb we came from different background. Ada yang masih student, yang dah kerja, yang dah bekeluarga etc. Masalah masa dan budget adalah benda yang paling utama yang perlu di consider. Payah, yes. Tapi. Hendak seribu daya, kan? Mujur mereka-mereka ini mudah dibawa berbincang and i considered them as great travel buddies 

[good travel buddies are gold. bukan senang nak jumpa. appreciate if u already found one]  

Selepas berbulan punya perbincangan, we finally chose tempat untuk our reunion which is Yogyakarta, Indonesia. Alhamdulillah, the long awaited #SeoulSistersReunion was successfully happened..

Kami beli tiket masa promotion AirAsia in September 2016. Tiket dapat dalam harga RM194.00 return. Cheap. Sbb biasanya harga atas RM300. Tapi bahana nya tiket murah ni kau kena tunggu enam bulan sebelum fly oi! dalam tempoh tu kitorg study mana nak gi, cari accommodation, supir etc. [Full perbelanjaan segala akan aku kongsikan secara detail dalam next post] 30th March finally came. Atas sebab-sebab tertentu, daripada 9 org, kami dapat pergi 8 orang sahaja. Tu pun hampir-hampir jadi 7. Berkat doa agaknya, Allah izinkan kami berangkat ke Yogyakarta. Tapi kenangan kak as, MAS dan travel beg terpaksa tinggal akan ku kenang sampai mati [ngeh] [Tuhan je lah tahu feeling nya masa dpt peluk k.as masa tu. one word- lega] [tp still terkilan sbb tak dapat buat drama Korea dgn Fit]


dari Kuala Lumpr ke Yogyakarta, ambil waktu dalam tempoh 2 jam lebih. dalam pukul 5 lebih, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto. Comel je bandara nya. Imegresen pun senang. Sini tak de org yang berebut amik upah angkat beg macam di Aceh, so dont worry. Sampai saja kami dijemput oleh Mas Denny. Destinasi pertama, kami ke Rumah Makan Ayam Penyet Suroboyo.


dua bintang utk kedai ni. quite pricey and the taste is not that good. Ayam kecik. sedap lagi wang solo. gambar makan tak ada sebab masing-masing dah lapar. Usai makan, kami dibawa ke Alun-alun spede i.e kereta yang perlu dikayuh mcam basikal and penuh lampu warna warni. alah, macam beca di melaka.



yang lebih menarik perhatian adalah gerai-gerai makan yang simple je bentang tikar, dan kita makan berbumbungkan bintang. ada org main muzik. mmg layan la kalau nak lepak-lepak. tapi sbb kami baru je makan, maka Alun-Alun Spede ditinggalkan lepas selesai tawaf sekali kawasan tu. Next ke tempat yang tetibe meletup lps AADC2- Sellie Coffee.


Sellie Coffee punya konsep adalah kafe hipster yang bersepah wujudnya di negara kita. Tapi best ada live band yang nanyi lagu2 mereka la. Kecik je kafe nya. i ordered air nama 'Wedang Oewoh' just sbb nak rasa local coffee yang tak pernah aku dengar before this. Tapi impianku hancurrr berkecai sbb yang sampai adalah teh halia yang halia nya mmg pedas gila. salah aku gak, duk biar halia tu lama2 dlm air. mujur dibagi biskut sedap dua keping. boleh la celup-celup. [gambar seperti di atas. nampak tak tuuuuu dia besar halia dia taruh!] Hehe.

Sebabkan badan semua dah busuk, maka kami pun bergerak lah ke homestay yang dah k.hetty book through Air BnB. Details ttg homestay akan ku khabarkan dlm post ttg itenary dan cost. pulang awal. sbb esok nya kena ke Merapi mengejar sunrise. yg tu pun cite next post okeh.

moga ketemu lagi di lain post, mbak-mbak semua.

p/s: if my #SeoulSisters reading this, ketahuilah yang aku amat merindui memori kita di Jogja saat ini

No comments:

Post a Comment

senyum <3