Friday, December 30, 2016

Miyajima Island, Japan

Halo! meh sambung cite balik.

setelah hampir 8 jam dalam bas daripada kyoto, akhirnya sebelum subuh kami sampai di hiroshima. bersihkan badan, solat subuh di stesyen keretapi, simpan beg di locker sume then kami pun gerak utk amik ferry ke miyajima island. korg pun jarang dengar pasal miyajima ni kan? ok. meh kita google

 "Miyajima is among Japan's Top 3 scenic sights noted by scholar Hayashi Gahō in 1643It is famous for its mountaintop views and "floating" shrine, which is a World Heritage Site.The proper name for the island is Itsukushima (厳島). Miyajima is just a popular nickname meaning "Shrine Island".Strict measures are taken to ensure that the island retains a classically Japanese Edo-era look. Deer wander freely through the streets and parks. They are wild animals, fearless and inquisitive, and will chew clothing that's lying around. The seafront promenade is particularly attractive, especially later in the day when the rampaging tour groups head home and the stone lanterns are lit.Like most of Japan, Miyajima was once a volcano.Although the island has a population of only 2,000 people, it welcomes 4 million visitors per year.Miyajima has been considered a holy place for most of Japanese history. In 806 AD, the monk Kōbō Daishi ascended Mt. Misen and established the mountain as an ascetic site for the Shingon sect of Buddhism. In the years since, the island's Buddhist temples and Shinto shrines have maintained a close relationship. In the past, women were not allowed on the island and old people were shipped elsewhere to die, so that the ritual purity of the site would not be spoiled" . sumber.

 
[sebelum naik ferry. ni replika shrine. real punya kat pulau]
 
Sarapan kitorg singgah 7e betul-betul lps kuar train. Time tu naik kembang gak duk makan onagiri salmon tu [but now time tgh taip bnda alah ni, teringin la plak] naik ferry and time tu mmg sejuk dan cantik yang amat. dari jauh dah nampak floating shrine tu. nampak x? yg kaler oren tu.


Kami sampai pagi. antara tourist terawal tiba. so org tak bape ramai sgt. cantik & bersih pulaunya. kita kena jalan agak jauh juga utk sampai ke floating shrine tu. tapi mcm di kyoto, tak terasa letih sbb pemandangan masyaAllah cantiknya :)


ada kedai-kedai yang jual cenderamata, makanan etc. kat depannya ada pantai. but pada aku, pantai malaysia jauh lagi cantik. [Malaysia tetap di hati] then kami disambut oleh beberapa rusa liar yang dah tak macam liar dah. tau la aku kan, lemah semangat sikit bila tgk binatang minta makanan ni, aku pun gigih la bagi makan bekal pisang yang ade dalam beg. dah sudah bagi bru jumpa notis kata patutnya tak leh bagi kat diorg. nak kekalkan ke'liar'an mereka, kisahnya. 


sape-sape nak p honeymoon, miyajima ni sangatlah sesuainya. sbb aman damai je rasa. tenang. yup, dats the word. pure nature. n rumah-rumah and bangunan yang ada pun cantik. everything is cantik lah senang cite.


then kitorg decide nak naik cable car utk ke puncak Gunung Misen. Harga cable car dalam rm80 kot tak salah aku, but seriously worth it. first sbb kau akan ada dalam cable car tu lama [tak mcm tak hatyai dulu. kejap je dah turun] second, pemandangan dari dalam cable car subhanallah cantiknya. third, tak de maknanya kau akan larat panjat gunung tinggi2 tu lps dh berjam-jam dalam bas.


kat puncak, banyak gila kabus and sangatlah windy. bila kabus mula bergerak ke tempat lain, blh nampak permandangan pulau miyajima dan hiroshima dari jauh. bila selak2 album, rupanya sekeping gambar pemandangan kat atas pun aku tak de. sayang tak dapat share. tapi tak pe, janji kekal di hati.. hehe


[dah same kaler trench coat aku dgn daun kan? one with nature temanya] [ceh] [padahal jumpa kaler tu je yang murah time parkson wat sale]


Sebelah petang, kitorg naik ferry balik utk gerak ke bus station, amik bas ke tokyo. orang dah sangat ramai. like ramai gila. goodbye miyajima. i pray that u will stay pretty till we meet again one day, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

senyum <3