Thursday, March 8, 2018

Super Needed Vacation : Krabi Phuket

Hello! 
So, this post patutnya dibuat berbulan yang lalu, but i was super lazy and super uninspired atas beberapa faktor, maka baru hari ni la aku nak post pasal trip ni. But i dont think this post will be so detailed like my post about Jogja [maybe sbb trip yang ni, i dont really enjoy it kot. nth. mcm ada something wrong somewhere]

Patutnya me and k.ety plan to go to HK plus Macau. But ada masalah ngan tiket, end up Tuhan rezekikan kitorg ke Krabi & Phuket sajo. Flight dari kl ke Krabi (25.11.2017) then balik dari Phuket ke KL (29.11.2017)  Sejam lebih gak perjalanan.


[this time ada travel buddy baru, parents k.ety. bersyukur sgt ibu & ayah bila tau ada elders yang follow kitorg dua]

Ok, lets talk about Krabi first 

Travel to Krabi is super senang. Hotel yang kitorg duduk which was Ao Nang Eco Inn tu walking distance to Ao Nang beach and dekat dengan Masjid & Muslim Street. Depan masjid tu i.e dpn hotel la juga sepanjang-panjang tu banyak kedai makanan muslim. Pancake Yaminlah yang super feymes tu pun ada kat sini. But for me, makan kat Krabi (and Phuket) tidak lah seheaven Hatyai. Tomyam xberapa kick, somtam mcm ada yang lacking etc etc. But tekak aku ni kan picky gila, so myb kt korang, sedaplah kot. Pasar Malam yang dikhabarkan feymes itu pun aku gagal menjumpai makanan yang betul2 sedap. hampa sungguh.



 Pakej travel pun aku suggest jgn beli siap2 kat malaysia sbb mahal mak datuk. kat area jalan nak ke ao nang beach ni, ada banyak booth yang jual pakej yang kena dengan selera dan bajet. aku ckp kat k.ety, aku boleh ke any activity selain activity yang manipulate binatang ni. nak tgk aku meraung tepi sangkar binatang tu, buat lah. haha. mak k.ety plak tak nak laut. So kitorg pilih ke hot stream & emerald pool & ada singgah satu tokong harimau kat sana. 


Hot stream tak de benda sangat. Cantik lah tapi penuh dgn org putih je. Lagipun kalo takat air panas ni, Wet World Pedas pun ada. #RembauTetapDiHati Ngeh.  


Emerald Pool sumpah cantik. tapi gambar tak leh juga nak ambil sbb penuh dgn org berbikini. tapi tak rugi hiking utk view seindah itu. anak-anak sungai keliling pun Subhanallah, cantik yang amat.



 Tokong ni namanya Tiger Cave Tample. K.ety ngan ayah dia hiking sampai ke atas. aku tak la gigih, so duk bawah ngan mak dia, layan2 tgk monyet banyak gila. Habis la satu hari trip, balik hotel, then esoknya gerak ke Phuket. Satu benda yg korg wajib buat masa kt Krabi ni adalah berurut. Murah & best gila. Ala kalo p Thai Odyssey blh kena ratus2, sini kau kena dalam RM25 je utk full body. Syok weh. 

Okeh. Sambung bab Phuket plak. 

Dari Krabi ke Phuket agak jauh. Dekat tiga jam gak. Kitorg amik pakej yg hotel jual. tak ingat harga. yang aku ingat, seksa duk dalam van kecik yang dalam tu penuh mat saleh & negro segala yang mmg port diorg la Phuket ni. Dahla driver super kerek. 

 

Kitorg duk kat Sleep At Phuket, rumah tumpangan yang agak nice, located kat tengah2 pekan Phuket tu. Bilik kecik, kena solat atas katil. Toilet ok. Gambar bilik segala tak de, sbb mmg letih gila. Dekat Phuket ada Grab, Krabi tak de.. so ptg tu amik Grab, kitorg ke Windmill Viewpoint.


Balik tu, kitorg jalan2 cari pakej utk esoknya. harga dalam 1500-2000 baht majority. mahal. so amik pakej yang murah i.e 1000 baht ke Racha Island plus lunch. Racha Island adalah highlight percutian kali ni. Walaupun aku punya aquaphobic makin teruk bila kat sini, but this island is so cantek. 1st tym snorkeling, myb tak buat lagi. uih, bayangkan pun aku dah kembang tengkuk.

  


 balik dari Racha Island, tgh2 laut tu hujan lebat dik non. masa tu mmg ingat mati je. mcm2 surah aku ingat, aku baca. tp alhamdulillah, sume ok. settle sume, kitorg balik ke Phuket then malam tu ke Bangla Road.Bangla Road adalah bukan tempat aku. Menggigil aku takut, seyes. Korg google je la. aku mls nk cite. gambar pun tak de. haha. 


Esok kitorg jalan2 sekitar Phuket Old Town yang pada aku tak de pe. Sebijk Melaka, in fact lawa lagi Melaka! tak de bergambar sgt, sbb dlm kepala nak balik Malaysia dah. [aku g travel, yang bestnya 3 hari awal je. more than that dah homesick dah] Gi urut lagi, then terus ke airport utk pulang ke pangkal jalan. 


Some footnote pasal Krabi Phuket:-
  • too many tourist especially from western countries. dah tak jadi rare, semua nampak biasa
  • in term of food, hatnyai sedap lagi
  • sesuai dtg utk short honeymoon or short vacation pd sesape yang dah sesak bz dek kerja
  • tourist-friendly.. everything is easy and cheap
Ok. Settle hutang post Krabi Phuket. Next!

No comments:

Post a Comment

senyum <3