Thursday, December 31, 2015

Kisahnya

Kisahnya hari ni dah hari yang terakhir for 2015. Meh semak balik apa cita-cita 2015 yang pernah aku buat. Kasi tarbiah sikit apa yang patut aku wat utk 2016

Azam 2015 

1. kurangkan berat badan sebanyak 20kg dan mengamalkan gaya hidup sihat [BOOOOOOOO BOOOOOOO lagiiiiiiiiiiiii . Lagi sekali BOOOOOOOOOOOOOOOOOOO]

2. doing something big. [too vague. so far seingat aku tak de yang big pun aku buat for 2015. pindah rumah sbb rumah dh direnovate. tp tu duit mak ayah aku. ceh] edit: wei. aku lupa seh. aku dpt tauliah jd peguam syarie Negeri Sembilan tahun 2015 la. haha. tu kira besar la tu. tambah title.

3.  be a better person [makin matang. tapi baran masih ada] 

4. jumpa Nur Iman Hannan or her parents. [Tuhan kata blm jodoh lagi nak jumpa. semoga ada jodoh kita ye, Nur Iman Hannan]

Plannya juga utk 2015 onward nak travel 3 negara setahun. Tapi memandangkan kegawatan ekonomi yang menggila, nyata bnda tu sukar utk dimakbulkan. Last year Tuhan bagi rezeki dapat gi Thailand and Korea. InsyaAllah, tahun dpn kalau Tuhan murahkan rezeki, dpt aku bermusafir lagi. InsyaAllah... so utk azam 2016- here my list 


1. Kahwin. Serious. yang ni mmg aku nak buat tahun dpn. kena set dlm kepala. siapa jodoh tu belakang kira. yang penting bak kata shira kena ada dlm sub-conscious mind yang aku mmg nak kawen tahun dpn. [straight to the point. ha. amik ko. mihihihi]

2. Osaka for April and Bali for my birthday. Or myb meneruskan tradisi Oktober sebagai bulan jalan-jalan. 

3. menjadi manusia yang tidak cepat melenting, sabar dan tidak mudah sentap. [sgt penting] 

4.  TOLONG LA BELAJAR MASAK. buang rasa menyampah pada dapur. aku ada sikap yang aku tak suka buat apa yang aku tak reti buat. so please la syuhada. tolong la belajar masak. bukan takat bab kawen je ni, tahun dpn segala bnda mahal. pe mende ko nk makan weh? 

5. sihat. 

6. hafalkan balik segala surah yang pernah aku hafal but la ni dah tenggelam timbul. tutup aurat dgn sempurna. 

7. jgn cpt judge org. 

semoga makbul niatnya, insyaAllah

No comments:

Post a Comment

senyum <3